Nahdhah Fikriyyah

Saturday, February 24, 2018

Hukum Chatting (Berbual) Dengan Bukan Mahram Via MEDSOS (Media Sosial)


Oleh: Ustaz Muhammad Shiddiq al-Jawi 

Soalan: 

Ustaz, mohon jelaskan hukum syarak terkait chatting (berbual) antara lelaki dengan wanita bukan mahram di dunia maya via MEDSOS seperti Facebook, Twitter, WhatssApp! (Fatih, Depok)

Jawapan: 

Sebelum saya lanjutkan, perlu ditegaskan, bahawa tanggapan di mana sesorang itu boleh menulis atau berbicara di dunia maya secara bebas tanpa terkena dosa, dengan alasan percakapan itu terjadi di dunia maya bukan di dunia nyata adalah suatu yang tidak benar. Hakikatnya, bahawa apa yang ditulis oleh seseorang di dunia maya, secara hukum Islam sama dengan ucapan lisan yang dikeluarkan oleh mulutnya. Kaedah fiqh menyebutkan : Al Kitaab kal khithaab (tulisan itu hukumnya sama dengan ucapan lisan). (Muhammad Shidqi Al Burnu, Mausu’ah Al Qawaid Al Fiqhiyyah, 8/272-273). 

Kaedah itu sejajar dengan apa yang diamalkan oleh Nabi SAW, iaitu berdakwah melalui surat kepada para raja atau kaisar. Dari Ibnu Abbas ra, bahawa Nabi SAW telah menulis surat kepada kaisar Romawi mengajaknya masuk Islam. (HR Bukhari, no 2782). Dakwah melalui surat ini hakikatnya sama saja dengan dakwah dengan lisan. (‘Atha` Abu Rasytah, Silsilah Ajwibah, 24/10/2-13). 

Maka dari itu, seseorang tetap berdosa jika dia menuliskan kata-kata yang bertentangan dengan akidah/syariah Islam di dunia maya, seperti menyebarkan idea kufur (demokrasi, nasionalisme, sekulerisme, pluralisme, dsb), memaki-maki orang, menulis ucapan kotor atau cabul, memfitnah, menggunjing, dan sebagainya. Sebaliknya seseorang akan mendapat pahala jika menuliskan kata-kata yang mengandungi unsur kebaikan (al-khair), iaitu menulis tentang Islam (contohnya berdakwah atau menyebarkan tsaqafah Islam) atau apa saja yang tidak bertentangan dengan Islam (seperti menyebarkan pengetahuan umum yang bermanfaat). 

Rasulullah SAW bersabda, ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah dia mengucapkan kebaikan atau diam.” (HR Bukhari, no 5672)

Adapun hukum chatting antara antara lelaki dengan wanita bukan mahram di dunia maya, hukumnya mubah dengan dua syarat; Pertama, terdapat hajat (keperluan) yang dibenarkan oleh syariah Islam, seperti silaturrahim, berdakwah, belajar, berubat, meminta nasihat/hukum terkait agama, melakukan akad seperti jual beli, ijarah, hutang piutang, dsb. Kedua, ucapan yang ditulis tidak bertentangan dengan syariah Islam. 

Syarat pertama, dasarnya adalah dalil-dalil yang membolehkan adanya interaksi antara lelaki dengan wanita bukan mahram jika ada keperluan yang dibenarkan syariah, seperti beribadah haji atau berjual beli. Jika tidak ada dalil syarie yang membolehkan suatu hajat, haram hukumnya ada interaksi antara lelaki dengan wanita bukan mahram, termasuk interaksi di dunia maya. Mengapa haram? Kerana hukum asalnya lelaki dan wanita bukan mahram itu wajib infishal (terpisah), baik dalam kehidupan umum (seperti di jalan, kampus), mahupun dalam kehidupan khusus (seperti di rumah). Kewajipan infishal ini telah ditunjukkan oleh beberapa dalil, seperti hadis yang mengatur saf solat kaum wanita di belakang saf kaum lelaki. Juga hadis yang memerintahkan kaum wanita keluar masjid lebih dahulu selepas selesai solat berjemaah. Juga hadis yang menunjukkan jadual yang berbeza dalam pembelajaran Islam dengan Rasulullah SAW antara antara kaum wanita dengan kaum lelaki (HR Bukhari). (Taqiyuddin An Nabhani, An Nizham Al Ijtima’i fil Islam, hlm. 38-39; Muqaddimah Ad Dustur, 1/317-318). 

Syarat kedua, dalilnya ayat atau hadis yang memerintahkan setiap Muslim untuk berkata sesuai dengan syariah. Contohnya perintah Allah untuk berkata benar [TMQ al-Ahzab (33) : 70], atau hadis Nabi SAW, ”Seorang muslim yang afdhal (baik) adalah siapa saja yang muslim lainnya selamat dari ucapan dan tangannya.” (HR Bukhari & Muslim), dll. (Imam Nawawi, Al Adzkar, Kitab Hifzhil Lisaan, hlm. 283-288). 

Oleh itu, setiap perbualan yang tidak memenuhi satu atau dua syarat di atas, hukumnya haram dan pelakunya berdosa. Contohnya, lelaki yang memuji kecantikan atau keindahan tubuh teman wanitanya, atau merayunya, atau melamarnya sedangkan wanita itu masih bersuami, dsb. Haram juga bagi wanita menulis kalimat dengan kata-kata yang dapat merangsang syahwat teman lelakinya, dsb. Haram juga apabila lelaki dan wanita bukan mahram saling menceritakan masalah atau aib rumah tangga masing-masing, kerana ini bukan hajat yang dibenarkan syariah. Wallahu a’lam.

1 comment:

  1. Good Day Sir/Madam: Do you need an urgent loan to finance your business or in any purpose? We are certified and legitimate and international licensed loan lender we offer loans to Business firms. Individuals, companies firms, corporate bodies at an affordable interest rate of 3%. It might be a short or long term loan or even if you have poor credit. We shall process your loan as soon as we receive your application. We are an independent financial institution. We have built up an excellent reputation over the years in providing various types of loans to thousands of our customers. We offer Educational loan, Business loan, home loan, Agricultural loan, Personal loan, Auto loan with either a good or bad credit history. If you are interested in our above loan offer you are advice to fill the below information and return to us for more details. You can contact us with this email standardonlineinvestment@gmail.com we shall respond to you as soon as we receive your loan application details below.

    First name:
    Middle name:
    Date of birth (yyyy-mm-dd):
    Gender:
    Marital status:
    Total Amount Needed:
    Time Duration:
    Address:
    Currency Needed
    City:
    State/province:
    Zip/postal code:
    Country:
    Phone:
    Mobile/cellular:
    Monthly Income:
    Occupation:
    Which sites did you know about us.....
    standardonlineinvestment@gmail.com for immediate attention. Contact
    us now and get an urgent loan within two (2) days!!!
    Regards,
    Mr Abdul Muqse

    ReplyDelete